Wednesday, October 21, 2020

Kemahiran membaca

 



KEMAHIRAN BERTUTUR 

Kemahiran bertutur satu alat komunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Bertuturan perlu mengikut intonasi, nada, sebutan dan jeda dengan betul. Bertutur ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan atau dikenali juga sebagai artikulator. 

Pendapat Tokoh Tentang Kemahiran Bertutur

Menurut  pandangan  tokoh  Kamaruddin  Hussin  (1999),  bertutur merupakan  kegiatan  melafazkan  bunyi-bunyi  yang  dilahirkan  daripada  alat-alat sebutan manusia.  Menurut Kamaruddin Hussin (1999), bertutur merupakan kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat-alat sebutan manusia seperti suara dan sebutan. Kemahiran bertutur berlaku setelah penutur dapat mendengar dan memahami serta memberi respon melalui penyampain mesej dalam bentuk pertuturan. Menurut Aida Dani (2007), kemahiran bertutur ialah kemahiran menyebut dan menyembuyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengajaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada, jeda helaan yang betul. Seterusnya, Gumper (1971), bertutur itu ialah bahan percakapan yang merupakan buah fikiran atau idea dan huraian sesuatu situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Pendengar memahami perkara yang dilafazkan berdasarkan struktur ujaran yang teratur itu. Stubbes (1980), kemahiran bertutur juga merupakan kemahiran literasi yang mula-mula diperoleh disamping mendengar, tanpa proses pengajaran dan pembelajaran yang ketara dan proses pengusannya pula seolah-olah berlaku secara semula jadi. 

Konsep bertutur 

a) Gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilazafkan 

b) Aspek fizikal, jantina, kesihatan dan persekitaran mempengaruhi kebertutur. 

c) Penutur banyak menutur melalui pengalaman daripada kecerdasan otak. 

d) Penutur baik boleh menguasai aspek fonologi, struktur dan intonasi. 

 

Tujuan Bertutur

Bertutur perlaku untuk mengeluarkan pendapat dengan meggunakan bahasa yang sesuai. Perkara ini boleh berlaku apabila perbincangan dalam perbualan rakan-rakan, ibubapa serta berbahasa. Tambahan pula, kemahiran bertutur ini berlaku yang menyampaikan sebarang maklumat kepada orang lain. 


Aspek Bertutur



Peringkat-Peringkat Kemahiran Bertutur



Peringkat kemahiran bertutur awal 

i) Melafazakan pengucapan bertatasusila

ii) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar

iii) Menyoal untuk mendapat maklumat

iv) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi. 

v) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu. 

vi) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah. 

vii) Memberikan arahan, membuat ayat-ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya. 

viii) Membuat ayat daripada gambar. 


Peringakat kemahiran bertutur pertengahan 

i) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.

ii) Bercerita berdasarkan satu siri gambar dan gambar bersiri

iii) Mendekripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa. 

iv) Memberikan satu siri arahan untuk membuat sesuatu.

v) Membaca iklan dan peraturan. 

vi) Menyoal dan menjawab soalan-soalan berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran di rumah dan sebagainya. 


Peringkat kemahiran bertutur maju 

i) Mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek, permainan, proses dan sebagainya. 

ii) Mencerita dengan menggunakan alat pendangan atau tanpa menggunakannya.

iii) Bertanya untuk mendapatkan maklumat.

iv) Mendeklemasikan puisi

v) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan.

vi) Menerangkan proses, kejadian, prodesur dan peraturan. 






Kemahiran membaca

  KEMAHIRAN BERTUTUR  Kemahiran bertutur satu alat komunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan u...